Saturday, July 23, 2011

Download Komik Niaga Edisi#5

Salam semua pembaca blog TisuMedia

Hari ini , saya ingin memberikan sedikit review berkenaan Komik Niaga edisi Ke #5 keluaran Flarebiz Network.

Tujuan Penerbitan KomikNiaga.com

Bagi yang masih belum tahu , Komik Niaga diterbitkan hasil usaha beberapa orang usahawan - usahawan Internet dan juga pelukis dalam negara bagi memberi panduan kepada pembaca berkenaan perniagaan dengan konsep santai , selamba , dan sempoi .

Review Komik Niaga Edisi #5

Untuk edisi yang ke #5 ini , Tokoh yang telah ditemubual ialah Jutawan Senyap , Dato' Chef Li .
Dalam Komik Niaga Edisi Ke 5 ini , diceritakan perjalanan hidup Dato' Chef Li untuk berjaya , bagaimana beliau gagal ketika kali pertama terjun dalam bidang perniagaan , kemudian mencari mentor bagi memperbetulkan kesilapan beliau dan bermula semula dengan berniaga secara kecil - kecilan .

Turut dikongsikan tips - tips yang diberikan oleh mentor Dato' Chef Li yang telah banyak membantu beliau mencapai ke tahap sekarang ini.

Turut dikongsikan juga tips - tips motivasi supaya para peniaga terus kuat bagi menghadapi ranjau dalam dunia perniagaan ini .

Download Komik Niaga

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan tips - tips menarik , jom download Komik Niaga Edisi Ke #5 ini.

Terima kasih kepada Team Flarebiz Network kerana menghasilkan Komik Niaga

No comments:

Post a Comment